Potongan, jagaan dan tiruan Baiduri sepah

Permata ini selalunya diberikan potongan kaboson untuk peragakan merlip batu. Batu merah terhasil daripada rawatan haba yang lembut. Batu yang gelap dicerahkan untuk mencantikkan warna menggunakan rawatan asid nitrik.[7]

Batu-batu berwarna kuning madu digunakan untuk menyerupai krisoberil (simofana) yang lebih berharga, tetapi ia tidak selalu nampak sama. Kaca gentian optik buatan ialah tiruan biasa kepada baiduri sepah, dan dihasilkan dengan pelbagai warna.